Wednesday 12 December 2012

sesuatu itu kamu


Ada sesuatu untuk aku beritahu kamu

Ada sesuatu yang mengganggu malam aku

Aku sendiri tak pasti apa

Tapi aku tahu ia dulu ringan

Kini berat dan tidak semakin berkurang bebanan.



Ada sesuatu untuk aku beritahu kamu

Telah aku cuba luahkan isinya

Pernah aku cuba muntahkan ayatnya

Aku sendiri tak pasti apa

Yang aku tahu, aku benar benar mahu kamu tahu.



Ada sesuatu yang aku mahu beritahu kamu

Aku sendiri tak pasti apa

Tapi mungkin aku mahu kamu tahu

Tanpa perlu aku memberitahu kamu.