Friday 24 July 2015

KEMBALI PADA YANG MAHA ESA

Seminggu sebelum Ramadan 2015, aku dilanda masalah. Keresahan. Dan malangnya, aku tiada tempat mengadu. Cukup sudah keluarga menjadi dahan berteduh, Cukup. Aku tak mahu hal remeh temeh aku, mereka tahu.

Dan memang jenis aku, bercerita apa sahaja pada si jejaka tentang hari hari aku. Tetapi, akibat berjauhan, aku mula rasa bosan dan mula tidak bercerita. Dia pula selalu sibuk. Sikit aku tak salahkan dia. Kami masing masing punya masalah, ada cabarannya. Aku tak mahu bebankan lagi.

Aku mati akal. Aku mahu menangis. Aku perlu luahkan rasa ini. Perlu. Aku memang dah tak tahan.

Akhirnya aku tersedu sedan, bergetar badan sewaktu sujud dan sewaktu menadah tangan. Sungguh, untuk pertama kalinya, aku merintih dengan jujur. Dan aku tahu, Tuhan mendengar. Lama aku luahkan. Semua gusar, semua gundah. Aku tanyakan pada tuhan, apa perlu aku buat, apa perlu aku lakukan? 

Lepas solat aku tersenyum. Aku sudah ada idea dan jawapan kepada permasalahan aku. Tuhan sudah menjawabnya. Tuhan sudah bukakan jalan pada aku. Begitu cepat Tuhan makbulkan permintaan aku. 
Allah memang rindukan aku. Ampunkan aku Ya Allah. 


" Jika aku berada di jalan yang benar, Kau kuatkanlah peganganku. Kalau ini jalan yang salah, tariklah aku menuju yang benar Ya Allah. Sesungguhnya aku hamba yang tersangat lemah, sedangkan Engkaulah yang menciptakan aku."

KELEMAHAN

Bertunang. Yup. I am officially engaged.

Rasa macam tak percaya.

Jauh dalam hati aku, aku rasa tak bersedia. Kahwin bukan perkara mudah. Bukan perkara senang. Terlalu banyak hati perlu dijaga, banyak perasaan sendiri perlu dikorbankan. Dan, itu memang kelemahan aku ;

1. Tak pandai jaga hati orang
2. Tak berkorban hati sendiri

24 tahun hidup, aku lebih kepada self-centered. Tak pernah kisah apa orang lain punya hal -as-long-tak-kacau-hidup aku. So, nanti bila lepas kahwin, terlalu banyak perasaan yang perlu aku jaga, sebab nak menjaga nama si suami. Jujur, sedikit pun aku tak kisah hasil umpatan orang, ketidaksenangan orang pada aku. Aku tak pernah kisah. Bukan korang yang bayar gaji aku- bukan korang yang bagi aku makan time aku lapar dan bukan korang yang aku call bila aku susah-- So I was never care.
Membawa nama pangkal Razali juga tak begitu sukar. Asal ada izin, asal diberitahu, asal tak tinggal solat, abah benarkan. Abah juga macam aku- Jangan dikisahkan apa orang lain cakap. Biar dosa pahala kita, Tuhan saja tahu.

Menjaga nama suami lain. Banyak kawan suami, akan menjadi kawan kita jugak. Jiran dan kenalan juga akan kenal suami kita. Kawan kawan di Facebook juga tahu orangnya yang mana. Jadi, menjaga nama suami itu sangat penting. Mampu tak aku? Mampu tak aku bawa diri dalam keluarganya? Mampu tak aku menjadi isteri kebanggaan si suami?

TAK BERKORBAN HATI SENDIRI
Jarang aku korbankan perasaan aku. Selalunya aku akan pastikan aku dalam win-win situation. Ataupun atleast ada bahagian aku. Ataupun, aku akan pastikan walau lambat, aku dapat.

Tapi

Kalau dah kahwin, semua itu angan. Aku wajib menurut kehendak si suami. Wajib patuh. Wajib menurut. Kalau katanya masak dirumah, masaklah aku. Kalau katanya jangan balik ke kampung, tak baliklah aku. 
Takut. Seram. Tak dapat bayangkan aku dapat jawapan 'no, you cannot', without a valid reason. Tapi si suami memang berhak berkata tidak- sesuka hatinya.

Mampu tak aku? Berkorban rasa? Berkorban jiwa?

_________________________________________________________________________________

Kalian, tolong doakan aku.

Too long.

It's been so long.

Too long.

Tak tahu nak update apa. Mostly I just give my thoughts through Facebook and Instagram. Better that way, easier to digest.

But hard to reminisce.

While I gone through this web, I was re-born. I was taken away by the past.