Friday 29 May 2015

KISAH CINTA EFFA - REDANG 2015


Memandangkan lama sangat tak update blog dan aku pulak nak setiap saat di Redang menjadi milik aku, Lalu, aku coretkan kat sini :) 


21-05-2015


MASA

TIPS
RM
0800-1840
Seharian  kelopak mata kanan (bawah) aku bergerak. Kerja tak tenang, aku google. Jawapan google buat aku lagi rasa resah.


1840-2100
Balik kerja (Sempat buat OT sejam), terus kalut balik rumah, packing barang. Kalut kemalut sangat, sampai Butterworth pukul9.
Parking kereta kat KTM kalau takmau pi yang berbayar punya :P
FREE
2130 - 0545
Naik bas(Butterworth – Kuala Terengganu). Sangat pening! Sangat lama! Sangat mual!
Beli jajan siap siap.  Dalam bas dia pasang movie melayu sat
Ekspres Kesatuan RM 47.00



22-05-2015


0545- 0640
Jumpa Qifa, solat Subuh kat MPKT.
Surau kat Tingkat 2. Memang ada tangga berkunci, cari tangga lain yang tak berkunci
-
0640-0700
Jalan kaki ke Jeti Syahbandar. Aku pernah google, kalau naik teksi, RM10.
Jalan menuju Pasar Payang, nampak ja Balai Bomba, amek belah kiri. Kalau ke kanan, ada Mydin dan masjid
-
0700-0730
Memandangkan sampai awal, kami pi cari makan pagi.
Jalan lurus depan Pejabat Pos, sana nanti ada gerai makan kecik tepi jalan.
Tak ingat (harga OK)
0730-0800
Lepas makan, patah balik pi Jeti. Dah ada ramai orang kat sana. Tunggu depan Kaunter Sejahtera. Ada uncle yang baik dan ramah mai sembang dengan kami :)
Walaupun kaunter tak bukak, berdiri beratur ja depan tu. Sebab nanti ramai orang. Beli tiket Marine Park kat situ.
Marine Park (RM5)
0800-0945
Naik feri. Pening sangat. Rasa nak muntah.
Dalam feri ada sediakan beg plastik kecik untuk sesiapa yang nak muntah. Haha!
-
0945-1000
Sampai ja sana, kena transfer naik bot besaq.


1000-1100
Jejak ja kaki kat Redang, banyak beach boys tunggu kita. Sebut ja Redang Lagoon, nanti depa tunjuk naik yang mana satu.
Jangan main mata dengan beach boys!
-
1100-1200
Check in. Bilik dia OKAY, sesuai dengan bajet. Pastu aku dengan Qifa jenjalan sekitar. Tengah-tengah hari rembang tu kami berjalan okay! Haha. Lepas habis berselfie apa yang patut, aku perasan yang aku mungkin dah jatuh cinta… <3
1: Waktu check in, dia akan mintak bukti anda deposit duit. So, simpan gambaq resit k!
2: Kalau nak check out awal, bagitau depa, nak check out pukul 0630, sebab nanti nak naik feri pukul 0700.
RM340 exc GST/person
1200
Dalam itinerary, dia tulis pukul 1230 lunch. Tapi siap awal kot. Makanan dia sedap! Dan banyak pilihan.
-(Makan pun nak tips?!!!)
-
1230-1430
Masuk bilik. Solat Jamak. Siap pakaian nak pi snorkeling. Yeay!
-
-
1430-1630
Sewa snorkeling set.
Snorkeling kat Pulau Lima. Kat sini kitorang dapat kawan baru. Kak Ida, Kak Zira, Kak Watif.
Kawasan ni cantik, tapi ikan tak berapa banyak.
1: Lepas sewa, hantar snorkeling set waktu check out. Jangan hilangkan/ tinggalkan atas kaunter.
2: Nak ikan datang banyak, bawak roti

1630
Makan petang – cekodok


1700-1900
Lepas makan ramai masuk bilik. Tapi aku dengan Qifa, pi mandi air laut. Hehe. Mana tak hitam?!!
Waktu ni, aku bersyukur sangat dapat peluang pi Redang. Pantai bersih, jernih. Aku betul jatuh cinta!


1900
Dinner. Orang lain semua mai makan dalam keadaan bersih. Aku dengan Qifa je basah dan busuk. Hehe


2000
Jenjalan tepi pantai dengan Kak Watif. Malam kat Redang tak lah berapa ‘hidup’, kecuali untuk chalet-chalet yang ada live band. Kat Redang Lagoon tak ada okay.





23-05-2015


MASA

TIPS
RM
0630
Bangun, solat subuh. Siap nak pi breakfast. Tapi aku dengan Qifa pakai baju nak pi snorkeling siap siap sebab nak pi main air. Hehe


0930-1230
Snorkeling kat Marine Park. Perjalanan kali ni agak jauh dan pening. Tak suka!
Sampai ja kat sana, ada ramai orang dari pelbagai chalet yang lain. Waktu mandi, ada orang ajak kami selfie. Hehe! Tengah mengah berenang tu laa, depa nak interview kami dua. Penat la! Haha!
1: Beli tiket Marine Park untuk sesiapa yang tak beli lagi.
2: Kalau tak larat swimming, jangan pi jauh sangat. sebab nanti ombak tolak pi jauh :(


1230
Lunch. Beratur panjang sebab ramai sangat orang.
Amek makanan pastu duduk kat pondok menghadap laut. Syiok!

1300-1430
Time ni semua orang masuk bilik dan bersihkan diri. Tapi tidak bagi Qifa dan Effa. Hahah! Kitorang masuk air lagi!!! Pastu Qifa beli air Kelapa Muda

RM5.00
1430-1630
Last snorkeling trip. Kali ni pi dekat ja. Waktu ni kitorang dapat kawan baru lagi! Haziq nama dia. Kitorang panggil geng dia Geng Patah Kaki sebab ada sorg kawan dia kaki tak berapa nak sihat. Tapi Geng ni sangat POYO
Kita bila travel, nak cuba baik dengan semorang.

1630
Makan petang. Tapi kami dua tak makan. Dok rest kat hammock sat. Pastu aku mula layan jiwang. Layan lagu Akim- Potret. Waktu ni fikiran aku tenang sangat. Aku fikir, boleh tak aku pindah sini?


1645
Aku cakap kat Qifa, aku dengar lagu ni satu kali lagi, pastu kita mandi laut okay! Oh lupa, waktu ni ada mamat ni try ajak Qifa jenjalan. Qifa dengan selamba pi tolak! Aiyoooo! Mungkin dia taknak tinggalkan aku. Heheh


1800
Kitorang balik bilik awal sebab kitorang tak solat lagi. Buat Jamak Takhir.


2000
BBQ. Kitorang kluar lambat. Tapi Alhamdulillah, ada pakcik baik hati tolong kitorang bakar. Ada abang baik hati sedekahkan kitorang sotong bakar :)
Time ni aku terfikir, Allah hantar orang baik-baik pada kami. Terima kasih Tuhan.

2100
Qifa dan Effa pi jenjalan lagi. Aku cari souvenir sikit.
MAHAL OKAY! Kalau korang nak beli, korang beli kat Pasar Payang. Diorang pepagi dah bukak senanye. Aku je taktahu.
RM6.90/fridge magnet
2200
Tidur. Waktu ni rasa berat sangat sebab rasa tak cukup lagi…… Belum masanya lagi aku nak pergi.





24-05-2015


MASA

TIPS
RM
0530
Bangun awal sebab nak check out awal. Kitorang amek feri pukul 7 punya. Sebab bas kitorang pukul 9.30am.
Breakfast dulu sebelum bertolak balik. Nanti owner akan hantar pi jeti.

0700
Naik feri. Waktu ni aku sayu sangat. Aku tengok dari jauh. Aku tahan ja. Tak habaq pun kat Qifa. Aku dah putus cinta…


0845
Sampai Jeti Syahbandar. Jalan laju laju pi MPKT.
Singgah Pasar Payang, beli barang sikit kat dua ketul anak sedara tu :)


0930
Bas Qifa dah jalan. Aku hampir tertinggal bas sebab kakak tu tulis salah nombor. Hmmmm. Dia nak aku stay sana kot?

RM47.00
1000-1845
Bas aku gerak (Kuala Terengganu- Butterworth).
Waktu ni pening, mual sangat sangat. Sikit lagi ja aku nak bluekk dalam bas tu. Lepas ni, aku nak naik flight ja. Lesson learnt!





25-05-2015


Dari semalam, sampai harini, aku tak ada mood nak bercakap. Aku bangun awal, perangat tomyam, masak nasik, bawak kreta sampai kilang. Stay dalam kereta. Dengaq lagu Potret- Akim. Sedih. Sayu. Masih tak dapat move on. Pulau Redang, you are so lovable! I will always love you.