Friday 24 July 2015

KEMBALI PADA YANG MAHA ESA

Seminggu sebelum Ramadan 2015, aku dilanda masalah. Keresahan. Dan malangnya, aku tiada tempat mengadu. Cukup sudah keluarga menjadi dahan berteduh, Cukup. Aku tak mahu hal remeh temeh aku, mereka tahu.

Dan memang jenis aku, bercerita apa sahaja pada si jejaka tentang hari hari aku. Tetapi, akibat berjauhan, aku mula rasa bosan dan mula tidak bercerita. Dia pula selalu sibuk. Sikit aku tak salahkan dia. Kami masing masing punya masalah, ada cabarannya. Aku tak mahu bebankan lagi.

Aku mati akal. Aku mahu menangis. Aku perlu luahkan rasa ini. Perlu. Aku memang dah tak tahan.

Akhirnya aku tersedu sedan, bergetar badan sewaktu sujud dan sewaktu menadah tangan. Sungguh, untuk pertama kalinya, aku merintih dengan jujur. Dan aku tahu, Tuhan mendengar. Lama aku luahkan. Semua gusar, semua gundah. Aku tanyakan pada tuhan, apa perlu aku buat, apa perlu aku lakukan? 

Lepas solat aku tersenyum. Aku sudah ada idea dan jawapan kepada permasalahan aku. Tuhan sudah menjawabnya. Tuhan sudah bukakan jalan pada aku. Begitu cepat Tuhan makbulkan permintaan aku. 
Allah memang rindukan aku. Ampunkan aku Ya Allah. 


" Jika aku berada di jalan yang benar, Kau kuatkanlah peganganku. Kalau ini jalan yang salah, tariklah aku menuju yang benar Ya Allah. Sesungguhnya aku hamba yang tersangat lemah, sedangkan Engkaulah yang menciptakan aku."

1 comment:

  1. Effa !!!! Terjumpa blog effa plak .. Azmil ni.. Be strong Effa !

    ReplyDelete