Friday 8 July 2011

masa serius kita serius

assalamualaikum .
cuba kita fikir sejenak . bukan . apa kata , JOM kita fikir sejenak . apa yang kita mahu dalam hidup kita ? bila difikirkan , effa dengan pantas jawab ‘ happy ‘ . kalian nak tahu ? effa tak menyesal dengan jawapan tu .

effa nak happy . bahagia . bagi effa , kalau miskin pun , kita masih boleh happy . kalau ada masalah pun , still kita bolei happy . ini suma MIND SET . kita patut , seharusnya set minda kita supaya POSITIF .

effa tahu , bukan senang nak jadi positif . pengaruh persekitaran terlalu kuat untuk dikalahkan . kita mudah buat SPEKULASI dan PERSEPSI . belum buat , tapi dah agak apa keputusan . itu SALAH . kita kena cuba . bukan . bukan cuba . kita kena BUAT ! baru kita tahu . Ya , kegagalan tu pedih , memalukan , menjatuhkan dan macam macam lagi . tapi itu saja cara kita nak bina diri sendiri . itu saja cara kita nak beranjak dari takuk yang lama , kan ?

tapi …

betul ke effa nak happy sahaja ? itu terlalu general , effa . umum sangat . kalau orang tanya cita cita ? effa akan jawab ‘ nak buat mama abah bahagia ‘ .
serius ! waktu kat matrix , ada senior tanya . kalau dah sayang kan parents , pastu parents soh kawen , kamu kawen ?
effa jawab ‘ ha . saya kawen ‘ . senior tu ulang balek soklan beliau dan camtu gak laa jawapan effa . senior senyum sinis

‘ tapi saya tahu parents saya macam mana .. dorang takkan suruh saya kawen awal , insyaAllah .. ‘

tapi , kalau ditanya effa , tentang apa yang effa akan jadi 5 tahun akan datang ? effa terpaksa senyap . effa ambil masa untuk fikir . fikir . dan fikir . akhirnya effa mengalah . effa takdak sediakan jawapan untuk persoalan tu .

sekarang umur effa 20 tahun . sejujurnya , effa syukur dan berpuas hati dengan apa yang effa dah capai dalam jangka masa ni . effa tak menyesal maen kotor kecik kecik dulu . effa tak menyesal kena buli tyme skolah dulu . effa tak menyesal tyme matrix dulu . dan effa paling tak menyesal dengan apa yang effa dah buat dalam masa setahun effa kat usm . sikit pun tak . n Alhamdulillah , effa syukur and proud of myself . effa boleh tepuk bahu sendiri dan ucap tahniah .

tapi back to soalan tadik . APA EFFA AKAN JADI DALAM MASA 5 TAHUN AKAN DATANG ?

effa senyap dan fikir . 25 tahun nanti . dan sejujurnya , effa tak nampak ‘effa’ 5 tahun mendatang . effa tak tahu . mungkin berkereta kah ? kerja di pejabat ber-pendingin hawa kah ? atau sibuk menjaga anak ? atau masih menunggang skuter pemberian mama ? effa bungkam

itu salah effa . effa tak pernah planning hidup effa . selama ni , effa just ikut flow . effa fikir , ‘ kalau plan pun , Allah tak ‘kunfayakunn’ , tak jadik jugak ? ‘
tapi time tulis entry nih , another side of me cakap , ‘ HEY , FAIL TO PLAN IS PLAN TO FAIL ! ‘
so why don’t we just give a damn try , kan ? kita plan . kita rancang cantik cantik . BESAR BESAR . INDAH INDAH . sebab apa ?

sebab encik amin cakap , THINK BIG , DREAM BIG . kita kena IMAGINE . kita kena berFANTASI . tapi syaratnya , RASIONAL dan LOGIK .

sebab encik nizam cakap , JANGAN MALU .
sebab encik amin pun cakap , BELAJARLAH DARIPADA KESILAPAN
sebab encik amin pun ada cakap , kita PERLU TAHU apa yang KITA MAHU !

oleh itu , effa nak ajak kawan kawan semua , jom kita berimaginasi , diri kita , 5 , 10 , 20 tahun akan datang . Dari situ kita cipta matlamat hidup kita . kita bila plan . kita bina back up . kita bermula dari BERIMAGINASI .

the reason effa rasa KENAPA KITA KENA PLAN , sebab effa rasa , banyak siswa / siswi zaman sekarang tak tahu mana arah tuju . termasuklah effa . tapi untung bagi effa , effa baru first year . yang dah nak grad tuh , KEMANA ANDA SELEPAS NIH ?



 p/s : header tuh ehem . nati effa tukaq balek . tak lawa langsung ! T_T

No comments:

Post a Comment